RSS

Tuesday, October 21, 2014

LAYANZ..

PENGHUJUNG CINTAKU


Friday, October 10, 2014

kek menyak

cara kenal non dairy whipping cream


Makanan tradisi Trg


Rojak Betik
Makanan tradisi Terengganu

Bahan-bahan:


1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan untuk Kuah


9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuat

Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..


Nasi Impit Sambal Hitam
Sumber: http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/




Makanan Tradisi Terengganu


Bahan-bahan untuk Sambal

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.




RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Lapisan Bawah:

500ml air daun pandan

120gm tepung beras

20gm gula

1 camt air kapur

garam secukup rasa


Lapisan Atas:

300ml air

80gm tepung beras

30gm gula

1/2 camt air kapur

garam secukup rasa


Air Gula:

200g gula melaka (nisan)

80g gula

200 air

2 helai daun pandan


Cara membuat:

1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan pekat. Adunan tadi akan berwarna hijau.

2. Tuang adunan dalan loyang yang disapukan minyak dan tunggu sehingga ia sejuk.

3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi.Apabila masa, tuangkan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berwarna hijau tadi dan sejukkan.

4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.

5. Potong kuih dan hidangkan dengan air gula melaka.




Resepi Lempeng Telur ( hidangan 1 orang )


Sumber: Sendiri
 

Bahan-bahan
 

1 biji telur
3/4 cawan gandum
2 sudu besar gula (secukup rasa)
secubit garam jika perlu
Air secukupnya


Cara Membuat:
·         Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan secubit garam jika perlu.
·         Masukkan tepung gandum sambil kacau hingga sebati.
·         Tambah dengan sedikit air jika perlu.dan kacau hingga sebati.
·         Panaskan kuali dan calitkan sedikit minyak pada kuali. Sekiranya menggunakan jenis kuali yang tidak melekat, tidak perlu sadurkan minyak pada kuali.
·         Bakar lempeng hingga berwarna kuning-kekuningan.
**** Lempeng ini sangat mudah disediakan dan sesuai dimakan semasa sarapan pagi.


Roti Jala Serawa Durian




Bahan-bahan:
 
2 cawan tepung gandum
 
2 1/2 cawan air
 
1 biji telur
 
Secubit garam
 
Pewarna kuning
 

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
 
2.Kalau campuran ini agak cair, tambahkan sedikit tepung sehingga boleh dikirai dan tak putus-putus apabila di masukkan dalam acuan. Jangan terlalu cair kerana akan menjadi seperti lempeng.
 
3.Kiraikan adunan pada kuali leper yang telah disapukan dengan sedikit minyak atau marjerin.
 
4. Biar beberapa minit dan angkat, letak dalam pinggan dan gulung atau lipat empat.


Serawa Durian


Bahan-bahan

2 cawan santan pekat
2 keping gula melaka / gula tapak / gula pasir ( manis ikut citarasa)
2 cawan air
Secubit garam
5 ulas durian
2 helai daun pandan disimpul

Cara Membuat:

1. Didihkan air dan gula bersama daun pandan sehingga larut.
2. Kemudian masukkan santan, durian dan garam.
3. Masak sehingga pekat ( atau mengikut citarasa).



Resepi Tumis Sawi style Terengganu

Sumber: Resepi Sendiri

Bahan-bahan
 

1/2 ikat sawi (sawi putih/ HK)
 
3 ekor ikan Selayang / Kembong
1/2 camt lada hitam yg ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar/ hiris nipis
 
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
1/2 labu bawang besar dimayang
1 biji lada hidup dihiris nipis
 Sedikit Ajinomoto
1 camt garam (secukup rasa)
1 camb minyak masak (secukupnya)
 

Cara-cara:
·         Ikan dibersihkan dan disiang. Ambil isinya sahaja dan ditumbuk hingga lumat. Setelah lumat gentelkan  bulat-bulat seperti fish ball. 
·         Bersihkan sawi dan potong ikut kesukaan anda, 
·         Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis dan masukkan bawang merah, lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Tumis sehingga naik baunya.
·         Setelah naik bau, masukkan air secukupnya. Masukkan juga ikan yang digentel tadi dan masak hingga air mendidih. Masukkan juga bawang besar serta lada hidup yang telah dimayang.
·         Setelah air mendidih, masukkan sawi dan sedikit aji.
·         Tunggu sehingga sawi masak dan sedia untuk dihidang.
** Tumis sawi sedap dimakan dengan nasi putih beserta dengan ikan goreng.




Lempeng Nyiur

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
1 biji kelapa muda diparut
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara Membuat:


1. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Panaskan kuali leper dengan sedikit marjerin.
4. Masak adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Balik-balikkan dan masak sehingga kekuningan.

RESEPI APAM BERAS 


Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
 

Cara Penyediaan
 

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
 



Saya balutkan penutup kukusan dengan tuala atau kain seperti dalam gambar, supaya air tak menitis pada apam…….
 

 

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.



.




Rojak Ayam / Keling
Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.

 
Resepi : Nasi Minyak Terengganu 


Bahan-bahan Utama

Beras
 
1 biji bawang besar di potong mayang
3cm halia di ketuk
 
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit)
Minyak masak
Sirap & sunquick
Air mengikut sukatan beras
 
2 helai daun pandanRempah kasar
 

2 biji butir limau
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
kulit kayu manisCara-cara membuat
 

Panaskan kuali, masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jdi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
Masukkan sedikit garam.
 
Selepas nasi kering atau nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
Sedia dihidang.


Kurma Daging Terengganu

Bahan

1 kg daging boneless

1 1/2 peket rempah kurma adabi yang saiz kecil
 

1 sb rempah kari daging

1 sb cili kering / oncu/tukas

1 1/2 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1/2 inci lengkuas*

2 sb kerisik

1 inci belacan*

3 biji bawang besar dimayang

2 sb sos tomato

5 sb susu sejat

4 biji buah pelaga

2 inci kulit kayu manis

4 biji bunga cengkih

4 kuntum bunga lawang

sedikit air asam jawa

garam, gula secukup rasa

Cara

1.Potong daging sederhana saiz dalam bentuk dadu dan bersihkan

2. Blend bahan yang bertanda * sehingga lumat.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dimayang sehingga kekuningan.

4. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih dan goreng sehingga naik bau.

5. Masukkan bahan blend dan goreng sehingga naik minyak.

6. Masukkan rempah dan cili blend yang telah dijadikan paste dan goreng lagi sehingga naik minyak, Gunakan api yang sederhana kerana rempah cepat hangit

7. Masukan daging kacau hingga sebati diikuti masukkan kerisik dan masukkan sedikit saja air untuk meratakan rempah dan daging.

8. Tutup periuk dan biarkan daging direneh sehingga empuk. Kalau masih belum empuk dan airnya hampir kering, masukkan air sedikit dan masak lagi.

9. Bila dah empuk , air daging kelihatan macam naik minyak. Sesuaikan kuahnya, kalau terlalu pekat rempahnya tambah sedikit air.

10. Masukkan air asam jawa dan kacau.
 

11. Masukkan sos tomato dan dikuti dengan susu cair.

12. Sesuaikan masin dan manisnya.

13. Reneh dengan api yang sederhana sehingga naik minyak. Ia seolah-olah ada dua lapisan minyak dan rempah.

p/s; kalau nak lagi best gunakan bawang kecil goreng.Goreng bawang merah tadi sehingga garing dan ramaskan sehingga hancur. Then masukkan semasa mereneh daging sehingga empuk. So step 3 boleh diabaikan.

Bolehlah dihidangkan bersama nasi hujan panas , ayam masak merah, acar dan sambal belacan







Rendang Tok Mertua


Rendang Tok Mertua

Bahan bahan:
2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb  jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb  jintan manis        ) 
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa 
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan hiris halus:
30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm  halia
5 -7 batang serai 

Cara cara:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.  Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging.

resepi pau upsi



resepi biskut


Biskut Kacang Coklat Cips

Biskut Kacang Coklat CipsBahan_poster.jpg


Bahan-bahan:
125 ml. minyak masak FAMILY CHOICE CANOLA
75 gm gula perang
50 gm gula
kaster1 biji telur1 sudu kecil esen vanilla
140 gm tepung serbaguna
80 gm kacang walnut (dikisar kasar)
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garamCip coklat susu dan coklat putih

Cara memasak:

1. Campurkan minyak FAMILY CHOICE CANOLA
 gula serta masukkan telur, esen dan kacau.

2. Masukkan semua bahan yang lain dan gaul rata.

3. Sediakan dulang pembakar dan gunakan skop
aiskrim untuk mengambil adunan dan letakkan di atas dulang pembakar.

4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 190°C
selama 20-30 minit hingga gebu dan keemasan.

5. Alihkan dari ketuhar dan hidang atau simpan kedap udara.



BISKUT MAZOLA SESUCI LEBARAN

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/bskut_mazolasesucilbaran.jpg

Bahan-bahan:
300gm tepung gandum
240gm gula halus
240gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
1 biji kuning telur
1/2 botol kecil minyak mazola
Kacang tanah - untuk hiasan

Cara memasak:
1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula hingga sebati.
2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit minyak mazola sambil digaul rata.
3. Setelah itu, bentukkan doh bulat-bulat dan leperkan sedikit.
4. Letakkan sebiji kacang tanah di atas doh dan sapukan dengan kuning telur.
5. Bakar sehingga masak atau berwarna keemasan.



BISKUT COKLAT KISMIS

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/bskut_cklatkismis.jpg

Bahan-bahan:
275 gm mentega
225 gm gula perang
225 gm gula
3 biji telur
450 gm tepung
8 gm serbuk penaik
100 gm serbuk koko
180 gm kepingan badam
225 gm Walnut
150 gm kismis
100 ml coklat putih - untuk hiasan

Cara memasak:
1. Pukul mentega, gula perang dan gula perlahan-lahan hingga adunan menjadi kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, kepingan badam, walnut dan juga kismis. Gaulkan rata.
4. Paipkan adunan mengikut bentuk yang anda suka dan bakar pada suhu 160ºC selama 20 minit.



BISKUT SUZETTES

BISKUT SUZETTES_poster.jpg

BAHAN JEM:
900gm ceri merah | dibuang biji dan dibelah dua
3 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar halus
600gm gula
1 biji lemon | diambil jus dan parutan kulitnya
1/2 sudu teh buah pelaga

BAHAN DOH:

250gm mentega
60gm gula aising
250gm tepung berserbuk penaik
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

HIASAN:

Gula kisar secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Jem: Didihkan ceri, cili, gula, jus dan parutan kulit lemon serta
buah pelaga. Kacau rata.
2 Apabila telah pekat, alihkan dari api. Ketepikan dan biarkan sejuk.
3 Doh: Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen,
tepung berserbuk penaik dan tepung kastard.
4 Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam corong kertas nozzle
bintang dan paipkan sedikit adunan ke dalam cawan kertas mini.
5 Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 25 minit hingga
keemasan.
6 Alihkan dari ketuhar dan paipkan jem di tengahnya.
Taburkan gula kisar di atasnya.
BISKUT OMBAK RINDU

BISKUT OMBAK RINDU_poster


BAHAN-BAHAN:


400gm tepung gandum
260gm mentega
200gm gula pasir
50gm serbuk badam
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
Sedikit manik urai warnawarni
| untuk hiasan
Sedikit coklat masakan |
untuk hiasan (dicairkan)


CARA MEMASAK:

1.) Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.) Masukkan telur dan esen vanila kemudian dipukul lagi.
3.) Kemudian masukkan tepung bersama serbuk badam dan gaulkan sehingga menjadi adunan.
4.) Gunakan nozzle, paipkan adunan di atas dulang membentuk seperti ombak.
5.) Bakar pada suhu 180°C sehingga masak dan sejukkan.
6.) Apabila sejuk, celup di dalam coklat masakan dan taburkan dengan manik urai di atasnya.



BISKUT INTAN STRAWBERI

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/bskut_intanstrawberi.jpg

Bahan-bahan:
250gm mentega
180gm gula aising
1 biji kuning telur
260gm tepung gandum
100gm jem strawberi
250ml coklat putih
Sedikit esen vanila

Cara memasak:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga menjadi adunan.
4. Masukkan ke dalam piping bag menggunakan noozle bunga kemudian paipkan adunan berbentuk jari.
5. Bakar pada suhu 170ºC selama 20 minit.
6. Sejukkan seketika dan sapukan dengan jem strawberi di atasnya dan kemudian cantumkan.
7. Akhir sekali, celupkan ke dalam coklat putih di hujungnya.



TAT DAUN

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/tat_daun.jpg

Bahan A:
125 gm marjerin
125 gm mentega
50 gm gula aising
½ sudu teh serbuk vanila
4 biji kuning telur rebus - dilenyek
2 biji kuning telur

Bahan B:
350-400 gm tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen susu

Bahan Hiasan:
Jem nanas secukupnya.
Ceri merah dan hijau dibelah.

Cara memasak:
1. Campur dan pukul bahan A sampai separuh kembang.
2. Masukkan semua bahan B dan uli perlahan sampai sebati dan rata. Rehatkan ½ jam.
3. Bentuk seperti daun atau bentuk yang disukai, letak inti nanas di tengah-tengahnya.
4. Sebelum susun ceri, sapukan dengan telur baru susun ceri merah dan hijau.
5. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 180°C.
TAT BLUEBERI BADAM

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/tat_blueberibadam.jpg

Bahan-bahan:
25gm tepung kek
123gm mentega
125gm telur
100gm serbuk badam
95gm gula aising
15gm gula perang
25gm glukos
1 sudu teh esen vanila
Doh gula (sugar dough) secukupnya - boleh didapati di kedai kek
Jem perasa bluberi secukupnya
Serbuk buah keras secukupnya

Cara memasak:
1. Canaikan doh gula setebal 2.5cm dan masukkan ke dalam acuan tat. Ketepikan. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 200ºC.
2. Pukul mentega, glukos, gula aising, gula perang dan esen vanila sehingga kembang.
3. Seterusnya masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan tepung kek, serbuk badam dan serbuk buah keras. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan paip di atas tat tadi.
6. Seterusnya bakar tat sehingga berwarna perang keemasan. Sejukkan.
7. Akhir sekali, letakkan jem bluberi di atas tat dan sedia untuk dihidangkan.



BISKUT LOVELY CEIRAH
BISKUT LOVELY CEIRAH_poster


BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
320gm tepung gandum
100gm tepung jagung
50gm serbuk badam
1 sudu teh pes strawberi
1 sudu teh pewarna merah jambu
160gm gula aising

BAHAN TABUR:
Coklat urai warna-warni

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
2. Selepas itu masukkan pes strawberi dan pewarna merah jambu. Pukul lagi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan badam. Uli sehingga rata.
4. Canai dan terap dengan acuan. Hiaskan biskut dengan  taburan coklat urai warna-warni.
5. Bolehlah dibakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
6. Keluarkan dan bolehlah mkn



ORANGE STICK COOKIES

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/bskut_orengstikcookies.jpg

Bahan-bahan:
100gm mentega
30gm lemak sayuran (shortening)
70gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh pes oren
20gm susu tepung
200gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
1/8 sudu teh soda bikarbonat
30gm cornflakes - dikisar halus
200gm coklat masakan
200gm coklat putih
50gm serbuk roti

Cara memasak:
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
2. Masukkan lemak sayuran, kuning telur dan juga pes oren. Kacau rata.
3. Setelah itu masukkan susu tepung, tepung gandum, garam dan juga soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati.
4. Masukkan pula cornflakes dan gaulkan rata hingga menjadi adunan.
5. Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk empat segi dan bakar pada suhu 160ºC selama 20 minit.
6. Apabila masa, sejukkan dan hiaskan dengan coklat hitam, coklat putih dan akhir sekali taburkan dengan serbuk roti di atasnya.



BAHTERA KASIH

http://www.karangkraf.com/bazar/imej/2011/bskut_bhterakasih.jpg

Bahan-bahan:
200 gm marjerin
100 gm gula halus
1 biji telur
300 gm tepung gandum
150 gm emping jagung
1 sudu the emplex

Bahan hiasan:
Coklat masakan secukupnya
Manik-manik (Hundred Thousand) secukupnya

Cara memasak:
1. Pukul marjerin dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sebentar.
3. Selepas itu masukkan tepung gandum, emplex dan emping jagung.
4. Gaul rata dan bentuk doh seperti jejari.
5. Susunkan di atas dulang pembakar.
6. Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 175°C.
7. Setelah masak celup ke dalam coklat yang telah dicairkan.
8. Masukkan di dalam cawan kertas dan tabur manik manisan ke atasnya.


BISKUT SYAWAL HAZELNUT



Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
250gm marjerin
100gm gula perang
50gm madu
1 biji telur
400gm tepung gandum
80gm serbuk kacang hazel
50gm coklat hitam
Kacang pistachio hancur secukupnya

Cara memasak:
1. Pukul marjerin dan gula perang hingga sebati.
2. Kemudian masukkan telur dan madu. Pukul hingga rata.
3. Selepas itu masukkan tepung dan kacang hazel. Gaul hingga sebati dan menjadi doh.
4. Bakar pada suhu 175C selama 8 hingga 12 minit.
5. Bila sudah masak celup biskut pada coklat yang sudah cair.
6. Tabur kacang pistachio secukupnya.


SERUNDING UDANG KERING

Udang kering mudah untuk dimasak namun pastikan penggunaan apinya tetap perlahan dan dikacau sentiasa.
SERUNDING UDANG KERING
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 27 Jun 2012

Waktu memasak : 60 minit
Saiz hidangan untuk : 10 orang
Cara memasak : Didih


BAHAN-BAHAN:
  • 1kg udang kering
  • 200gm santan kelapa
  • 100gm cili padi
  • 100gm bawang merah
  • 1 batang serai
  • 50gm kunyit hidup
  • 20gm biji ketumbar
  • Gula secukup rasa
     
CARA MEMASAK:
  1. Didihkan santan bersama bahan kisar dan biarkan masak sebati.
  2. Masukkan udang kering bersama ketumbar biji serta gula. Kacau rata.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, biarkan dimasak lama sehingga kering.
  4. Angkat dan hidangkan.


SERUNDING DAGING

Pastikan daging dicarik-carik mengikut urat daging.
SERUNDING DAGING

Waktu memasak : 60 minit
Saiz hidangan untuk : 8 orang
Cara memasak : Didih


BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging lembu                        | dipotong kecil
  • 100gm cili kering                          | dikisar
  • 100gm bawang merah
  • 1 batang serai                              | dititik
  • 50gm biji ketumbar
  • 300ml santan kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
     
CARA MEMASAK:
  1. Rebus daging bersama serai sehingga empuk kemudian dicarik-carik sehingga halus. Ketepikan.
  2. Didihkan santan bersama bawang merah dan juga cili kering yang dikisar halus. Gaulkan rata.
  3. Apabila mendidih, masukkan daging yang dicarik dan biarkan mendidih lagi.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan dimasak sehingga kering dengan api perlahan.
  5. Angkat dan hidangkan.


AMPLANG

Pastikan bebola amplang tidak terlalu besar supaya ia cepat kering.
AMPLANG

Waktu memasak : 45 minit
Saiz hidangan untuk : 100 biji
Cara memasak : Goreng


BAHAN-BAHAN:
  • 300gm ikan parang
  • 280gm tepung ubi
  • 20gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 30ml minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
     
CARA MEMASAK:
  1. Rebuskan ikan dan ambil isinya.
  2. Kemudian, campurkan isi ikan dengan telur dan minyak. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, garam dan gula secukup rasa.
  4. Uli hingga menjadi doh. Setelah itu, bentuk menjadi bebola kecil dan rebus sehingga masak.
  5. Kemudian, jemur bebola hingga kering.
  6. Apabila ia sudah kering, ia sedia digoreng.
  7. Panaskan minyak dan goreng amplang hingga kembang.
  8. Sedia dinikmati.
IKAN TERUBUK SUMBAT
Pastikan bahan perap bersama kelapa parut di masukkan kemas ke dalam ikan yang disumbat.
IKAN TERUBUK SUMBAT
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 8 Jun 2012

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
 
BAHAN A:
  • 1 ekor ikan terubuk                   | dibelah belakang dan dibasuh bersih
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 helai daun kunyit                   | dihiris halus
  • 3 biji limau kasturi

BAHAN B:
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 12 cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2sm kunyit hidup
  • 3 batang serai                       | dihiris halus
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1/4 sudu teh gula

CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan kesemua bahan B sehingga halus kemudian perahkan air limau kasturi.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut dan juga hirisan daun kunyit rata.
  3. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan terubuk yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Bungkus ikan di dalam kertas aluminium dan bakar atas api sederhana selama 30 minit.
  5. Sedia dinikmati.



AYAM LEMON MADU

-
AYAM LEMON MADU
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 27 Februari 2012

BAHAN-BAHAN :
200gm isi ayam | dipotong kecil
80gm tepung goreng serbaguna
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:
2cm halia | dihiris
3 biji cili padi | dihiris kecil
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan madu
2 sudu makan tepung jagung
100ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
AYAM MASAK REMPAH
AYAM MASAK REMPAH
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 21 Februari 2012

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong kecil, dibersih dan ditos
1 1/2 peket rempah daging
1/2kg bawang merah
2 labu bawang putih
6sm halia

2 sudu teh jintan manis
4sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 tangkai daun kari
2 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan gula putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyaknya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ayam.
5. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
6. Angkat dan hidangkan.