RSS

Friday, January 27, 2012

Gelagat budak besar bila jadi perangai budak kecik...



Beg hantaran suamiku pada ku yang bertarikh 04-06-2011 pada hari sabtu bersamaan 2 hb Rejab 1432H..

Jenama pierre cardin..

















Assalamualaikum dan salam sejahtera...

CUBA TEKA GAMBAR APA KAT ATAS TU... jeng..jeng..jeng...

Kenapa tajuk aku kali ni "gelagat budak besar bila jadi perangai budak kecik.."
jeng..jeng.. tersebut la kisah mcm mana perangai aku tiba2 berubah mcm budak kecik.. Pada ari ahad 23/01/2012 time org sibuk menyambut tahun baru cina ni di kampung halaman masing2, aku plak sibuk berjalan2 kat mall bersama my sweetheart... Aku mengisi masa lapang aku bersama hubby dgn berjalan2 di Jalan Bukit Bintang, Pavilion, dan Petaling Street. Kini aku menerjah plak ke Mid Valley.. Berjalan sakan aku time ni.. Maklum lah org kota semua blk kg sbb cuti lama katakan..jalan kat kl pun lengang je.. seronok plak, takde la penat kaki hubby drive my star aku tu....hihi..

Bila jalan2 kat mid Valley ni, semua aku nak masuk kedai yg ada kat situ..yang pastinya aku menerjah kedai handbag...hihihi.. kesian hubby krn kaki dah penat time tu tapi masih lagi melayan kerenah aku ni krn setiap kedai handbag yg ada kat situ, semua aku masuk...hihihi first kedai handbag yang aku masuk ialah jenama sachs.. aku berkenan dgn handbag dlm kedai tu, ada 2 color pink dgn oren.. masalahnya kalu aku beli skrg handbag yg aku berkenan tu, pastu bila jalan2 kedai lain plak, berkenan yang lain plak..tak ke nayer... sbb tu la aku dgn hubby pusing satu mall tu..kot2 la berkenan di hati.. Last2 kedai first tu jgk la jadi idaman kalbu ni.. semua handbag kat kedai lain tak berkenan di mata plak tu.. harga sangat berbaloi2 tingginya... hmm.. start la aku bt perangai keanak-anakkan aku ni yg sejak azali lagi mmg dah tertulis - nak beli ke tak,nak beli ke taknak.. susah nak buat keputusan.. ..time suruh beli taknak g beli, time nak balik time tu la duk ulang benda tu cantik la.. lawa la..tp dalam hati mmg nak pun..- Bila mintak pendapat hubby, hubby cakap lawa.. kalu benda tak lawa br dia cakap tak lawa.. hubby mmg seorang yang suka berterus terang dalam segala hal.. Sebenarnya tu keperluan hati aku sbb kalu ada handbag santai ok jgk.. kalu nak g majlis kawin ke atau majlis keramaian baru aku pakai handbag hantaran aku tu..sbb ia nmpk exclusive & expensive...

Start la aku senyap duk tepi koridor tu.. hubby dah jalan ke depan tp aku masih membatu kat tepi koridor tu..hahaha pelik kan perangai aku ni.. mcm budak2.. bila suruh beli taknak plak, time nak tinggal kedai tu berat plak hati ni.. Hubby tahu aku berkenan benar dgn handbag tu..Last2 hubby ajak masuk kedai tu dan hubby pilihkan handbag tu untuk aku.. masa tu baru aku terfikir mcm2.. "nanti kalu ada sale, lagi murah hangbag tu," hubby cakap "nanti dah abis stok, kalu fikir nak tunggu sale.. ntah2 langsung takde.." huhu.. Masa kat koridor, hubby tanya tadi takde plak aku nak jawab atau terfikir mcm tu.. Last2 aku tanya balik hubby.. Naik pening kepala hubby.. AKHIRNYA aku memilih handbag ni untuk ku sandang time ada aktiviti santai sbb ia bertali panjang..senang nanti aku nak sandang..hihihi thanks you very much hubby krn BELANJA handbag baru... tak pernah terfikir pun yg aku akan mempunyai barang berwarna pink.. dan terima kasih jgk krn byk bersabar dgn kerenah isterimu ini... love u...

SEKARANG DAH ADA 2 HANDBAG... color coklat tu handbag hantaran.. time kenduri kawin atau keramaian sesuai la pakai handbag tu.. Color pink tu plak untuk jalan2 santai, baru sempoiii... hehe..
Ok..lah... Assalamualaikum... tata... (,") * (",) ......

Saturday, January 7, 2012

BOOMERANG..


Betapa jauh mengembara, akan tetap kembali. Betapa jauh dicampak, akan berpatah kembali... itu la boomerang nama diberi..
Sama la mcm aku... Hidup aku seperti boomerang.. walau pergi sejauh mana pun, ia tetap berpatah balik ke pangkuan tempat yg di lontarkan.. Bagiku permainan ni sungguh menakjubkan kerana hanya sekeping papan yg diukir dgn corak yg menarik tetapi boleh terbang tinggi dan berpusing semula ke tempat asal..

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut tahun baru 2012.
Semoga hidupku lebih bahagia bersama insan2 tersayang dan diberkati oleh allah s.w.t... Ku bersyukur kerana di anugerahkan mata untuk melihat keindahan alam yg allah ciptakan... Ku abadikan potret indah ciptaan tuhan ke dalam teman rapatku (kameraku).. hehehe..

Hidupku, matiku, ibadahku semua kerana allah s.w.t.... Selamat membuka lebaran baru di hari-hari mendatang.... (",) ...