RSS

Tuesday, August 9, 2011

Kesunyian melanda diri.. apa nak buat ya...Pergilah sepi..




Kenapalah setiap hari aku rasa makin sepi bila tiba waktu mlm.. mlm2 merehatkan diri sambil ditemani org tersayang, dan walaupun tiada jasad di sisi tp cukup lah sekadar di corong handphone..(gayut lama2..bermanja2..)..aku plak kalu tiap mlm asyik layan laptop je.. sekejap je corong handphone aku berbunyi, pastu terus sepi hingga la fajar terbit menerangi bumi.. Maklum lah hubby mmg tido awal..dlm 8.30 mlm dah start tido..kdg2 je tido lambat.. kiranya kalu pukul 10 tu dah lewat sgt dah..hihihi bagus sungguh la... kita kat sini masih lagi cerah mata..hehehe

Sekarang ni takde sape lagi aku nak berbual selain hubby bila tibanya waktu mlm.. abis tu hubby ngantok, takkan tak bg tido..hihi..last2 bagi jugak la..walau hati kecik ni kata takyah la tido lagi.. tp apakan dayaku untuk berkata begitu.. Lepas hubby tido, aku dah tak kawan dah.. hmmm.. cedih gak..

kadang2 aku sepi sendiri.. aku nak jgk teman berbual .. kdg2 seronok bila aku dapat sembang dgn gelak ketawa sama2.. apa boleh aku buat..tido mmg la tak salah..tp mcm mana dgn perasaan aku setiap mlm hingga lah diriku dapat lelapkan mata dgn sendiri.. sisa2 mlm ku berlalu mcm tu je..

tp kenapa airmata aku selalu meleleh setiap kali terkenangkan benda2 mcm ni.. bkn nak ikut perasaan sgt, dlm hatiku..hanya tuhan je yg tahu.. kdg2 tu aku stress dengan sesuatu perkara..tu pasal la aku nak sgt berbual time aku ada masa lapang.. nak gelak2, sembang2.. nak kasi hilang semua yg serabut dlm kepala ni.. baru syok... tp last2 aku call kat kg jgk, untuk lepaskan kerinduan dan kesunyian yg melanda diri.. sedih betul la.. tu yang setiap bulan bil tepon melambung2.. bila dah start bercakap tak ingat dunia..hahaha.. tp bagiku duit tak jadi masalah untuk bil, janji hati ku senang dan tenang tanpa ada rasa kesunyian, tapi sampai bila nak mcm ni..hahaha anje..oh..anje.. tp kalu hari2 mcm ni, boleh bankrap tokey balak bayar bil.. hahaha

kalu asyik sepi dan sunyi je dlm jiwa ni, bahaya jgk.. tu pasal la aku suka sgt g jln2.. sekejap pun dah cukup dah..leh ambik udara segar.. bagus untuk kesihatan aku sebenarnya..huhuhu.. kalu asyik berperap je bila nak berkembangnya.. itulah pepatah melayu katakan..hehehe

ini bisikan suaraku pada malam ni.. Tiada kaitan dgn hati2 sebelum dan selepasnya..Harap maklum..ya allah, kuatkan hati ku ini ya allah... kurniakan lah keceriaan dan kegirangan hatiku serta berikan lah rezeki yang diberkati olehMu untuk aku dan keluargaku.. amin ya rabbal alamin.. <3

Sepi ku tiada berteman
Umpama pungguk rindu rembulan
Nukilan ini sebagai luahan
Yang memberi ku kekuatan
Inilah lumrah kehidupan…

dr anje amoy'z..



Monday, July 25, 2011

tHaNkS mY dEaR...


My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. Alhamdulillah.. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever....

Monday, July 4, 2011

Matahari..Bulan..dan Bintang membelai jiwaku...


Seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma,cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya sambil ditemani bintang2 berkelipan..

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali..

Cinta adalah buta..cinta tidak kenal usia,paras rupa mahupun kekayaan dan harta benda tetapi keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain..

Sayang tak bermaksud cinta..Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta.. Bangga tidak semestinya cinta.. Cinta adalah CINTA..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari.. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI...

CINTA UMPAMA "treasure hunt". Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki oleh org lain.. Tetapi tak usah lah kecewa..Walaupun hadiah tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercinta lah sepenuh hati.. Namun jangan lah letakkan harapan yang terlalu tinggi..

CINTA suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta membawa kesalan yang tak sudah...

Sunday, July 3, 2011

Kini baru ku sedar.....

Assalamualaikum pembuka bicara.. Dah lama rasanya tak update dlm blog ni.. windu betul rasanya.. Skrg 2 pagi pun tak jadi masalah untuk meluahkan bisikan suaraku sambil ditemani alunan muzik yiruma nombor 5..hihihi..
Dari zaman bujang, kenakalan dan gelak ketawaku sering teriang-riang di telinga sendiri.. kadang2 dengan sendirinya ia boleh mencuit hati kecilku ini.. Semua panggil aku seorg penghibur waktu kat sekolah.. Sampai cikgu2 pun dah kenal benar dah sikap aku yg sentiasa ceria walau badai melanda...hihihi
Bermulalah kisah nya... jeng..jeng..jeng..
Alhamdulillah, sekarang genap la 1 bulan aku bergelar sebagai isteri kepada Ibrizi.. Mudah2an hubby baik- baik aje di sana demi mencari rezeki untuk kita bersama.. Sayang selalu doakan kesejahteraan hubby di mana jua hubby berada..Hanya dgn doa aje yg mampu syg berikan untuk hubby..Suapaya kesihatan dan keselamatan hubby di tempat org..

Maafkan diri ini wahai si suami kerana bersikap pelik2 terhadap dirimu... Maklum la syg ni kan kuat nangis kot..hahaha.. Mmg syg akui kdg2 tu apa yg hubby ckp, mesti syg terdiam..Pastu senyap.. Pastu tiba2 je ngalir je air jernih ni.. Maafkan syg kerana hati syg terlalu sensitif.. Hubby sedarkan syg dgn mengalirkan airmata di atas kesilapan diri sendiri dan penyesalan timbul di hati.. Kdg2 kata-kata hubby ada jgk benarnya... kdg2 tu rasa terharu.. Bkn senang2 nak kuarkan airmata tanpa tujuan..Mgkn kebudak2an lagi agaknya..huhu pada masa sekarang dan akan datang syg akan berubah dan membaiki kelemahan syg.. insyallah.. Sama2 la kita membina kehidupan yg diberkati dgn Nur kasihNya...

Kini baru aku sedar, banyak benda aku harus belajar dalam kehidupan ni.. Sebagai seorg wanita, anak dan juga sebagai isteri... Mudah2an berkekalan hingga hujung nyawa dengan izin Allah swt... Amin..

Tuesday, June 28, 2011

Undangan rindu.. - Nasir wahab

http://www.youtube.com/watch?v=42M0yPJNatI&feature=related

Tuesday, May 24, 2011

Luahan rasa bisikan suara..

Ya allah..
Kenapa la dgn perasaan aku sekarang ni.. Semuanya bercampur menjadi satu..
Hati dan perasaan tak dapat menipu.. Kekadang aku menangis sendirian mengenangkan keadaan diri sendiri.. Di manakah kebahagiaan yg ku cari selama ini.. Di manakah keceriaan yg boleh membalut luka di hati.. Kesan yg mendalam yg sukar untuk ku luahkan dgn kata2. Hanya kepadamu saja ku bermohon ya allah.. Lapangkan dada ku..dan berikan aku kekuatan untuk tempuh semua yg berlaku dan pada masa akan datang.. Adakah aku kuat untuk mengharungi semuanya.. Hanya linangan airmata yg menjadi teman setia di pipi ku..Kenapalah semua ini harus berlaku..Dan kenapalah semua yg aku ingin kan semua nya hanya impian yg tak pasti..Kemana ku mahu mencari kedamaian hati dgn sinar nur mu ya allah.. :) <3

Friday, March 25, 2011

SAHABAT..















DIARYKU anje amoy’z..

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir :

HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.

Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu:

HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”

Temannya sambil tersenyum menjawab,

“Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang tertiup angin.”

Wednesday, February 9, 2011

Penaku menari mencoretkan


Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa