RSS

Wednesday, December 5, 2012

BERNAFAS



JOM PELAJARI DAN FAHAMI TEKNIK BERNAFAS KETIKA SAKIT MELAHIRKAN .

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya m

elalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).


Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa teknik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.


Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.


Sumber : majalah PA&MA

Monday, October 22, 2012

JOM bermacro


Assalamualaikum.. Sekarang ni mari kita bermacro plak.. jeng..jeng..jeng..  taraaaa....






Ni lens MACRO 100mm f2.8 L IS USM (gelang merah) yang aku hadiahkan pada hubby sempena first anniversary kami pada 04/06/2012 di SABAH.. Pilihan sambutan ke New Zealand dan China terpaksa dibatalkan disebabkan hal yg tidak dapat dielakkan.. Apapun SABAH mmg menyeronokkan.. Seronok betul bila melihat org tersayang gembira. Ku berharap wajah kebahagiaan itu akan selalu ditatapi oleh kedua mataku hingga hujung nyawaku.. Ya allah, lindungilah hambaMu ini dari segala hasad dengki manusia. Berkatilah perkahwinan kami berdua dan anak2 kami yg soleh serta solehah yg akan kami lakarkan dgn ilmu2 keagamaan.. amin....




ok la, skrg ni kita tgk gmbr macro yg telah dihasilkan oleh my hubby.. semakin mantop.. Tahniah ya ucukku sayang.. makin hari peningkatan mutu gmbr semakin baik dan cemerlang..



Ni serangga yg aku jumpa kat lalang.. lalu aku ambik dan letakkan pada hood lens..hihi abis DNA melekat kat hood kami.. hihi idea ni dicipta oleh saya dan di snap org hubby..hahaha mcm lawak je kan.. sian serangga ni, nak berasmara dana dgn pasangannya pun kena kacau..hihi bila jalan2 kat padang tu, rupanya mmg musim mengawan.. byk betul serangga ni bertenek.. :) Terbaik..!! Kami doakan semoga berbahagia dan menghasilkan baka yg baik2.. wee.... huhu
Ni plak di panggil spesis monkey grasshopper a.k.a. belalang monyet..  hahaha mcm lawak je kan nama belalang ni.. yg pasti kaki nya dah patah sebelah..cian plak tak leh lompat, pasni kena terbang la jawabnya.. hihi sayapnya mcm pepatung kan.. Belalang ni hubby jumpa kat iar bukit.. warna dia mmg menarik perhatian betul.. warna warni lagi.. "Semoga belalang monyet ni hidup lebih lama dan tabah menghadapi kehidupan dengan sebelah kateh saja.." hihi


Ni plak sejenis skipper butterfly. Sejenis kupu2 jgk la..

Ni plak namanya pepatung.. matanya nmpk garang kan..huhu sharp.. nice..
ni sejenis kupu2 jgk.. Berbulu2 mata tgk gmbr ni..hihihi.. menyengat..



Sejenis lalat.. fuh.. berair mata2 tgk gmbr macro ni... hmm setakat ni je yg dapat upload gmbr macro.. terlalu byk gmbr serangga yg kita tak pernah tgk pun ada.. ada masa kita up gmbr lain plak.. hihihi

sii yuuu nekk taing....  tata.. wasalam..

Wednesday, August 29, 2012

Indah Cintaku..





Ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu
Dekat denganmu setiap hariku
Sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
Ku ingin hanya satu tuk selamanya

Ku tak melihat dari sisi sempurnamu
Tak peduli kelemahanmu
Yang ada aku jatuh cinta karena hatimu

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu

Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku

Sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
Ku ingin hanya satu tuk selamanya

Ku tak melihat dari sisi sempurnamu
Tak peduli kelemahanmu
Yang ada aku jatuh cinta karena hatimu

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu

Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku, cintaku

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu

Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku
Sungguh indah cintaku, indah cintaku



Wednesday, June 13, 2012

Kini ku miliki Canon maktiri 20 April 2012

hai... ASSALAMUALAIKUM..  ari ni nak cerita pasal kamera plak.. (",)





Pada hari jumaat 20 April 2012 bersamaan 28 jamadilawal 1433H.. KINI KU MILIKI CANON MAKTIRI (5D MARK 3).

          Bermulalah alkisahnya... Sebelum ni suami aku beli Camera SONY A380.. Pastu aku beli plak Camera Canon 60D + Canon EF 17-40mm f/4.0 L USM Lens  pada 24/11/2011 pada hari khamis..mmg best la mula2 pakai kamera ni.. Harga tak yah cakap la beriban-riban la jawabnya.. Tp aku tak kisah sgt sbb untuk suami tersayang.. Tengok suami seronok semacam je bila dapat kamera, aku plak bertambah2 gembira.. hihihi.. :)

Hanya beberapa bulan lepas tu suami 'teringin' nak pakai kamera full frame plak.. Maka dengan tidak sengaja TERSAMBAR LAH Canon maktiri ni.. (5Dmark3) hehehe..  Body saje pun dah 11K lebih, tu belum lagi lens 16-35mm f2.8L II usm ni, harga pun dah cecah 6K.. Kalu org tgk mmg kerja giler kan.. tp dah minat, teruskan jua hajat di hati.. byk cerita disebalik kamera ni.. WINK..WINK.. (",)



                                           Friday                 20/4/2012                    11.34pm




                      Hasil dari kamera 5dmark3.. cantik kan..?? hihi... kredit untuk si charmingku.. 

              (,") ____________________________   peace yoo... _____________________ (",)



Friday, May 18, 2012

ukuran saiz baju


anje_amoy'z

Ukuran untuk baju kurung moden chiffon
----------------------------------------------------

saiz 36 : bahu = 14" , dada = 36" , punggung =40" (kain)
saiz 38 : bahu = 14.5" , dada = 38" , punggung =42" (kain)
saiz 40 : bahu = 15" , dada = 40" , punggung =44" (kain)
saiz 42 : bahu = 15.5" , dada = 42" , punggung =46" (kain)
saiz 44 : bahu = 16" , dada = 44" , punggung =48" (kain)
saiz 46 : bahu = 16.5" , dada = 46", punggung = 50" (kain)
saiz 48 : bahu = 16.5" , dada = 48" , punggung = 52" (kain)
saiz 50 : bahu = 17" , dada = 50" , punggung = 54" (kain)
saiz 52 : bahu = 17" , dada = 52" , punggung = 56" (kain)

Biasanya ukuran badan sebenar iaitu bahagian dada & punggung, perlulah sekurang-kurangnya 4-5 inci lebih kecil dari ukuran baju.

Monday, March 19, 2012

Percutian ke Brunei Darussalam 23/10/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bermula la perjalanan aku dgn hubby ke obersi iaitu Brunei Darussalam pada 23/10/2011 iaitu hari ahad tahun lepas punyer cite..kihkih.. Aku bertolak pagi ahad dari sarawak, hubby drive sendiri.. Baginya lebih mudah untuk ke mana2 je nak pergi.. Kalu sewa teksi kompem mahal punya.. maklumla diaorg pakai dolar.. kalu kat tempat kita ni RM2.40 bersamaan 1 dolar duit dia.. Pastikan bawa duit secukupnya ya..
Lagi satu pesanan aku ialah buku pasport kena bawa sekali ya.. kang tak pasal2 kena patah blk umah kang.. kihkihkih..



Ni lah kete my hubby... Naik kecut perut aku bila hubby bawa kete smpai abis meter nya.. dengarla bunyi turbo kete tu ( boleh gugur jantung ni..hihihi ) maklum lah aku ni penakut sikit pasal laju2 ni.. tp serius aku cakap kete mahal ni mmg syok la.. tak rasa apa pun kalu setakat tayar pijak batu tu.. kahkah (terlebih sudah... kalu my star aku tu dah comfirm bergegar2 dah mcm naik kuda..
Bermulalah perjalanan aku dari sarawak ke brunei selama 1 jam setengah. Alhamdulillah sampai dengan jayanya.. Tempat first aku menuju ialah ke shopping kompleks ni untuk mencari makan...



ta...da.... cantik tak bangunan ni.. ni la tempat kami suami isteri shopping dan makan.. Pusing punya pusing untuk mencari makanan akhirnya kami membuat keputusan untuk makan ayam KFC je..hihihi punya la jauh berjalan smpai ke obersi, last2 KFC jgk menjadi pujaan.. hahaha.. kat sini takde masalah sangat untuk cari makanan halal kerana org brunei ni ramai yg islam.. jadi tak perlu la risau tentang makan.. wee........



Terujanya aku time ni.. hahaha ramai jgk mat indon dan bangla kat sini..kihkihkih sekali angkat ketiak nak termuntah dibuatnya.. busuk + hangit.. apapun brunei mmg best.. Last2 aku posing jgk kat depan bangunan yg tersergam indah ni... weee......... dapat jgk beli satu barang untuk di buat kenang- kenangan. thanks dear coz suggestkan barang tu untuk sayang... pilihan hubby mmg terbaik.. sayang hubby ketat2...



Lepas tu dari bangunan yang tersergam indah tu, kami berjalan kaki plak ke Masjid Omar Ali Saifuddien.. Sebelum masuk masjid, berposing dulu la jawabnya...


My hubby snap gmbr ni depan shopping kompleks tu je.. dekat je kan.. tu pasal la kami jalan kaki je..hihihihi.... meh nak cerita sikit pasal masjid ni.. Masjid Sultan omar ali saifuddin adalah salah satu masjid di brunei yang terletak di bandar seri begawan iaitu ibu negara brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tumpuan dan tarikan pelancong. Masjid diiktiraf sebagai salah satu mercu tanda brunei..



Senibina
Senibina Masjid Negara Brunei sungguh menakjubkan. Hasil seni dan ukiran membuatkan setiap mata yang memandang akan terpukau akan keindahannya dan khubahnya di perbuat dari emas.. jeng..jeng... sebelum berpindah ke destinasi seterusnya, aku dan hubby mencipta kenangan dgn background rumah allah ni... sweet tuwit kan couple ni..hihihi ambil berkat kat masjid ni... Semoga hubungan kami suami isteri berkekalan hingga ke syurga... amin..



Pastu kami ke permandangan kampung air brunei darussalam... kami tgk org naik turun bot.. nak naik tp tak berani..hihihi jgn tak caya org yg duk kat kg air ni mempunyai kete yg hebat2.. weee......




Pastu kami bergerak ke Jerudong park.. tp nasib kami tak baik kerana ahad di tutup.. takpe la, next time kami pergi lagi kali kedua.. peace yooo.... weeee....... jadi bergambar je la walau tak dapat masuk dapat...hihihi





Ni plak dari sudut belakang masjid..cantikkan... senibina dan reka bentuk yg di ukir pada setiap inci..

Kami pusing2 tempat lain plak lepas tu.... tp yang paling menyedihkan ialah banyak tempat tutup kerana kami pergi pada hari ahad.. kalu nak diceritakan tak abis sampai besok..hihihi... Apapun terbaik la.. line tepon takde...hahaha.... padan muka saya.. dan padan muka org yg menelepon saya... setakat ini dulu yg aku dapat cerita..


.................jeng.....................
.................jeng.....................

.................yippy.....................
.................fuyoo.....................

..................tomey....................
..................pewit...................




sweet tuwit kan..... hihihi... Mencipta kenangan bersama insan tersayang adalah waktu yg paling bernilai dan terindah...

Friday, February 10, 2012

MaCaM NiE RuPaNya PaKaI...KiHkiHkIH..

Macam mana nak pakai nie... huhuhu


Langkah 1: Long Girdle




(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa

**untuk mudah pakai,kene bukak kaki besar sket,ala2 kekuda gitu...pastu joget2 sket sambil nak pakai...heh
mula2 memang rasa ketat sket but in few weeks u akan familiar and senang sgt nak pakai...!!**


Langkah 2: Long Bra



(1) Tundukkan padan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
(5) Betulkan kedudukan bra

**kalau tangan x sampai ke belakang,and xde sapa nak tlg cangkuk kan..u olls boleh pakai kain batik or ape2 kain dulu...berkemban ye...then cangkuk kat depan dulu baru turn ke belakang...sbb kalau tanpa kain alas,PB x boleh turn sbb dah lekat kat badan**


Langkah 3: Waist Nipper



(1)Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada
(2)Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
(3) Betulkan kedudukannya
(4) Tarik tali pelaras
(5) Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
(6) Pastikan ianya selesa
**make sure bahagian tali2 yg kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita**

SELAMAT MENCUBA SEMUA..

Saturday, February 4, 2012

Ulangtahun pertunanganku setahun 4.2.2011..

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Hari ni 04.02.2012 genap dah setahun aku bertunang dgn hubby.. Alhamdulillah kenangan pertunangan yang sentiasa mekar di hatiku.. Macam tak caya je bila aku dilamar oleh seorang lelaki dalam waktu yang singkat yang kini sah menjadi suamiku sekarang.. Macam- macam cerita dalam cerita di hatiku pada ketika dulu... Linangan airmata menjadi teman pada saat itu... Aku keje kat Perak..Semua persiapan pertunangan aku di uruskan oleh keluarga.. Termasuklah baju yg aku sarung pada majlis tu... Terima kasih kepada semua keluarga yang menguruskan hal2 sedemikian untukku....

Tuhan telah menjodohkan aku dengan seorang insan yang penyayang dan seorang yang bertanggungjawab dalam segala hal... Alhamdulillah kami belajar untuk memahami dan mengerti di antara satu sama lain pada setiap hari... Mudah-mudahan panduan sunnah dan al-quran menjadi ikutan pada hubungan kami berdua... Semoga hubungan kami berkekalan hingga hujung nyawa dengan berkat dan izin allah s.w.t... amin..

Kenangan time bertunang..






Friday, January 27, 2012

Gelagat budak besar bila jadi perangai budak kecik...



Beg hantaran suamiku pada ku yang bertarikh 04-06-2011 pada hari sabtu bersamaan 2 hb Rejab 1432H..

Jenama pierre cardin..

















Assalamualaikum dan salam sejahtera...

CUBA TEKA GAMBAR APA KAT ATAS TU... jeng..jeng..jeng...

Kenapa tajuk aku kali ni "gelagat budak besar bila jadi perangai budak kecik.."
jeng..jeng.. tersebut la kisah mcm mana perangai aku tiba2 berubah mcm budak kecik.. Pada ari ahad 23/01/2012 time org sibuk menyambut tahun baru cina ni di kampung halaman masing2, aku plak sibuk berjalan2 kat mall bersama my sweetheart... Aku mengisi masa lapang aku bersama hubby dgn berjalan2 di Jalan Bukit Bintang, Pavilion, dan Petaling Street. Kini aku menerjah plak ke Mid Valley.. Berjalan sakan aku time ni.. Maklum lah org kota semua blk kg sbb cuti lama katakan..jalan kat kl pun lengang je.. seronok plak, takde la penat kaki hubby drive my star aku tu....hihi..

Bila jalan2 kat mid Valley ni, semua aku nak masuk kedai yg ada kat situ..yang pastinya aku menerjah kedai handbag...hihihi.. kesian hubby krn kaki dah penat time tu tapi masih lagi melayan kerenah aku ni krn setiap kedai handbag yg ada kat situ, semua aku masuk...hihihi first kedai handbag yang aku masuk ialah jenama sachs.. aku berkenan dgn handbag dlm kedai tu, ada 2 color pink dgn oren.. masalahnya kalu aku beli skrg handbag yg aku berkenan tu, pastu bila jalan2 kedai lain plak, berkenan yang lain plak..tak ke nayer... sbb tu la aku dgn hubby pusing satu mall tu..kot2 la berkenan di hati.. Last2 kedai first tu jgk la jadi idaman kalbu ni.. semua handbag kat kedai lain tak berkenan di mata plak tu.. harga sangat berbaloi2 tingginya... hmm.. start la aku bt perangai keanak-anakkan aku ni yg sejak azali lagi mmg dah tertulis - nak beli ke tak,nak beli ke taknak.. susah nak buat keputusan.. ..time suruh beli taknak g beli, time nak balik time tu la duk ulang benda tu cantik la.. lawa la..tp dalam hati mmg nak pun..- Bila mintak pendapat hubby, hubby cakap lawa.. kalu benda tak lawa br dia cakap tak lawa.. hubby mmg seorang yang suka berterus terang dalam segala hal.. Sebenarnya tu keperluan hati aku sbb kalu ada handbag santai ok jgk.. kalu nak g majlis kawin ke atau majlis keramaian baru aku pakai handbag hantaran aku tu..sbb ia nmpk exclusive & expensive...

Start la aku senyap duk tepi koridor tu.. hubby dah jalan ke depan tp aku masih membatu kat tepi koridor tu..hahaha pelik kan perangai aku ni.. mcm budak2.. bila suruh beli taknak plak, time nak tinggal kedai tu berat plak hati ni.. Hubby tahu aku berkenan benar dgn handbag tu..Last2 hubby ajak masuk kedai tu dan hubby pilihkan handbag tu untuk aku.. masa tu baru aku terfikir mcm2.. "nanti kalu ada sale, lagi murah hangbag tu," hubby cakap "nanti dah abis stok, kalu fikir nak tunggu sale.. ntah2 langsung takde.." huhu.. Masa kat koridor, hubby tanya tadi takde plak aku nak jawab atau terfikir mcm tu.. Last2 aku tanya balik hubby.. Naik pening kepala hubby.. AKHIRNYA aku memilih handbag ni untuk ku sandang time ada aktiviti santai sbb ia bertali panjang..senang nanti aku nak sandang..hihihi thanks you very much hubby krn BELANJA handbag baru... tak pernah terfikir pun yg aku akan mempunyai barang berwarna pink.. dan terima kasih jgk krn byk bersabar dgn kerenah isterimu ini... love u...

SEKARANG DAH ADA 2 HANDBAG... color coklat tu handbag hantaran.. time kenduri kawin atau keramaian sesuai la pakai handbag tu.. Color pink tu plak untuk jalan2 santai, baru sempoiii... hehe..
Ok..lah... Assalamualaikum... tata... (,") * (",) ......

Saturday, January 7, 2012

BOOMERANG..


Betapa jauh mengembara, akan tetap kembali. Betapa jauh dicampak, akan berpatah kembali... itu la boomerang nama diberi..
Sama la mcm aku... Hidup aku seperti boomerang.. walau pergi sejauh mana pun, ia tetap berpatah balik ke pangkuan tempat yg di lontarkan.. Bagiku permainan ni sungguh menakjubkan kerana hanya sekeping papan yg diukir dgn corak yg menarik tetapi boleh terbang tinggi dan berpusing semula ke tempat asal..

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut tahun baru 2012.
Semoga hidupku lebih bahagia bersama insan2 tersayang dan diberkati oleh allah s.w.t... Ku bersyukur kerana di anugerahkan mata untuk melihat keindahan alam yg allah ciptakan... Ku abadikan potret indah ciptaan tuhan ke dalam teman rapatku (kameraku).. hehehe..

Hidupku, matiku, ibadahku semua kerana allah s.w.t.... Selamat membuka lebaran baru di hari-hari mendatang.... (",) ...