RSS

Wednesday, November 24, 2010

ibu....kau lah ratu hatiku...




“Tetap semangat , jaga diri baik2 dan jaga hati selalu. Jaga niat, jangan sampai berubah. Kerana siapa kamu buat? Tetapkan hati pada tujuan awal. Apa niatmu, anakku?”, tanya Bonda dengan nada suara beliau yang selalu terdengar riang dan ceria padaku.

Oh Bonda…..

Andaikan Bonda ada di sisi, Bonda akan dapat melihat untaian airmata yang mengalir deras, yang mampu menjawab segalanya.

“Doa Bunda, Harapanku“

Kini doaku yg mengiringi pemergianmu bonda.. Semoga bonda ditempatkan di dalam org2 yg beriman..amin...

Tuesday, November 2, 2010

Nurkilan ku...



sambungan novel ari tu yg tergendala selama setengah tahun disebabkan diri ini terlalu busy..hihihi skrg kita smbung blk...




Luahan kata2 seorg hamba allah pada org yg di sayanginya...
Kisah ini merupakan kisah benar sepasangan kekasih yang berada di perantauan..

Tiada janji yg dapat diberikan.Tiada sumpah yg dpt diberikan, tetapi dgn kudrat & kepercayaan yg ada dlm diri ini, abg bertekad untuk mencari kebahagiaan & kedamaian bersama syg..Semoga syg akan sentiasa bersama abg & memberi sokongan kpd abg walau dlm apa jua keadaan. Susah atau senang..abg sentiasa akan menyayangimu dan mencintaimu syg...


weee... peace yoo... kredit untuk noibrizi di atas gmbr beliau...


Tuesday, October 26, 2010

final projek..oo final projek..




Alhamdulillahhhhhh..... dah setel dah bentang final projek.. Leganya aku rasa bila dah lepas bt pebentangan pada 16/10/2010/ ari sabtu.. Aku adalah group yg pertama nak banding dgn yg lain.. Ni gara2 lecturer suruh undi la ni..huhuhu dah bajet dah,waktu ambik kertas undi tu..comfirm nombor satu punyer..Last2 mmg betul pun nombor satu.. hmm..nak bt mcm mana, dah rezeki org pertama bentang, nak bt mcm mana..
Tajuk final projek yg aku bentang ialah sistem pemarkahan dan maklumat murid..Projek ni aku mintak tolong zul beri tunjuk ajar smpai terpaksa kena dtg ofis untuk tgk dia bt.. Hmm.. masa bentang tu, lecturer mcm tak puas hati je sbb security sistem tu byk jgk yg berjaya.. Setiap soalan yg di ajukan,aku menjawab dgn penuh keyakinan..hihi.. Keberanian yg terpancar di raub wajahku nmpk aku berkeyakinan.. Sebenarnya aku pun tak sangka yg aku boleh bentang dgn berkeyakinan..

Yang betul2 bt aku terharu dan sgt berterima kasih ialah insan teristimewa kerana menolong aku dari A-Z untuk menyiapkan buku laporan..Siang malam tolong aku menyiapkan laporan tu..Aku betul2 terharu sbb setiap saat dia menanyakan pasal projek..tp kadang2 rasa gelabah jgk sbb kata2 dia menakutkan aku time tu..Nasib baik la sistem tu berfungsi seperti biasa.. Thankz my dear.. Lain kali bg sokongan yg padu lagi ya..hihi

Sistem plak zul yg byk menolong aku untuk menyiapkan semuanya.. Sebelum bertolak dr tg malim ke ipoh,betul2 menguji kesabaran dlm hidupku..Sistem yg zul buat betul2 tak leh buka. Kecewanya aku time tu.Risau bkn main lagi..Kot2 kena carry..Mampus la bila sistem tu tak leh jalan.. Nasib baik berkat doa lepas solat magrib termakbul..Sistem tu boleh buka dlm laptop aku je..Dalam laptop zul dgn yg ofis punya tak leh buka.. Akan ku kenang jasa mu zul..aku Bertolak dr tg malim ke ipoh pukul 12 lebih..Sampai ipoh plak 2.30 pagi..mmg buat keje gila.. Hati aku resah sbb esok pagi pukul 8.30 aku org pertama yg kena bentang.. Bila dah setel semua,lepas seminggu lepas tu..Lecturer tanya aku,dia kata kau bt suprise sbb dia tak pernah tgk sistem aku ni.. Aku jawab la aku tak pandai nak bt VB.net.Aku hanya pandai pakai vb lama je..yg pernah aku belajar sem lepas.pastu br la dia faham napa aku tukar kepada vb lama.hihih

Apa2 pun final projek aku mendapat markah yg tinggi dan mendapat kepujian dr lecturer..tunggu je la markahnya berapa..huhuh DEBARAN MENANTI..

Friday, June 25, 2010

25/6/2010 dialunkan dgn irama yg romantik...sweet..

[5:46:04 PM] anjeAmoy: akanku menyelami hatimu sedalam dasar di lautan kasih..
[5:46:20 PM] anjeAmoy: makin bersemi sambil di temani gurau senda..
[5:46:40 PM] anjeAmoy: gelak tawa dan senyuman di wajahmu sntiasa bermain difikiranku..
[5:46:57 PM] anjeAmoy: sukar untuk aku melupakan semuanya apa yg berlaku..
[5:47:07 PM] anjeAmoy: keindahan yg diciptakan Olehnya
[5:47:22 PM] anjeAmoy: sangatlah menakjubkan..
[5:47:37 PM] anjeAmoy: hati 2 insan saling menyayangi..
[5:47:56 PM] anjeAmoy: akan ku belajar untuk menyayangimu dgn lebih mendalam...
[5:48:12 PM] anjeAmoy: dgn izin allah..moga berkekalan hingga hujung nyawaku..

Monday, May 24, 2010

hati pecah dgn perbuatan kianat..

Liyana Zakaria dah report polis ,polis sedang menyiasat kes ni...dan solat hajat dah..mmg celaka sape yg buat kat harta benda aku tu..mmg hidup si celaka tu sial..MAMPUS cepat lagi baik dr hidup menyusahkan org..bangang!!! Seronok sgt bt org mcm tu..Allah nmpk la wei..kat akhirat ko merangak la..tak kena kat dunia kat... akhirat menanti org sial mcm ko tu..!!MEMANG BAHALOL..!!

Wednesday, May 19, 2010

Selalu Mengalah

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku

mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku
masih bisa bersamamu

Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu

Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu


Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku

Saturday, May 8, 2010

07/05/2010 bisikan hatiku..

ya allah..kepadamu ku bermohon.berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu ya allah..teguh dan kuatkan imanku ya allah..

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian

Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya

Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.....Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan

Bila kita menyedari hakikat apabila hati penuh dengan sayang,
semua perkara di sekitar kita kelihatan indah dan cantik.

-------------------------------------------------------------------------------

Di suasana yang sunyi dan sepi, di temani cengkerik dan katak yang melaung sambil mengintai pohon-pohon rendang dan celah2 rumput yang menghijau,sambil diriku ku ulitkan dengan lagu-lagu nan syahdu..Tiba- tiba kedengaran hp ku mengeluarkan bunyi yang sangat merdu menandakan ada seseorang di talian yg menghubungiku..Saat itu hatiku sangat berbunga-bunga kerana nama yang tertera di talian adalah insan yang ku tunggu-tunggu untuk berbual malam itu..Keseronokkan dalam hati tak dapat digambarkan dengan kata-kata..Begitu indahnya ciptaan tuhan dengan wujudnya HATI di dalam diri..

Malam td adalah pertama kali permata jernihku mengalir dan teresak-esak sambil berbual dgn seorg insan di dlm talian telefon..mungkin baginya juga adalah pertama kali dia mendengar esakkan ku dengan jelas.maafkan diriku wahai insan kerana membuatkan dirimu terkejut dengan esakkan ku semalam..hati ku tiba2 terasa sebak dan terharu kerana seorg insan sanggup menolongku tanpa minta balasan...mulia sungguh hati seorg insan itu..aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yg di anugerahkan oleh Allah s.w.t untuk bakal bersamaku kelak..insyallah..mlm td mmg sangat menyentuh jiwa dan perasaanku.tak dapat ku bayangkan perasaanku waktu tu..terima kasih banyak-banyak wahai insan.Biarlah diriku dan dirinya sahaja yang tahu perkara ni..

Inilah dikatakan sharing is caring..

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh.. :)

Thursday, April 22, 2010

masalah yang ada luahkan semuanya

Masalah, kalau ada, jangan dipendam. Luahkan semuanya supaya kita boleh menanggung masalah-masalah yang akan datang.

Dipendam pun jangan dipendam lama-lama. Masalah ini ibarat sebiji batu yang dikita masukkan ke dalam cawan.

Makin banyak batu yang kita simpan dalam cawan tu, makin penuhlah cawan hingga tidak ada ruang untuk kita masukkan batu-batu yang lain. Akibatnya, makin banyak masalah, makin kita tertekan sebab sudah tidak ada ruang untuk kita menanggung masalah kita.

Kita kena keluarkan batu-batu yang lama. Buang jauh-jauh dna jangan pernah ingat lagi.

Masalah sebenarnya hanya situasi-situasi yang kita tidak redhai, yang kita tak sukai dan situasi yang menyusahkan kita.

Untuk kita menyelesaikan masalah, fikiran kita kena dipandu agar memfokus pada penyelesaian masalah, bukan pada masalah tu sendiri. Tak guna kita asyik memikirkan masalah kerana ia akan menjadi besar dari sehari ke sehari.

Bila fikiran terfokus pada penyelesaian masalah, kita akan nampak jalan keluar dari kesusahan menanggung masalah. Peringatan ni asyik diulang-ulang, sebagai reminder buat kita bersama sebab setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai masalah.

Kekadang bila kita dah senang sikit, kita mudah lupa.

Wednesday, April 21, 2010

fikirlah ttg sikap sendiri..

Semakin lama saya hidup, semakin saya sedar
Akan pengaruh sikap dalam kehidupan

Kita tidak dapat mengubah masa lalu
Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang
Kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi

Satu hal yang dapat kita ubah
adalah satu hal yang dapat kita kontrol,
dan itu adalah sikap kita.

Saya semakin yakin bahwa hidup adalah
10 persen dari apa yang sebenarnya terjadi pada diri kita,
dan 90 persen adalah bagaimana sikap kita menghadapinya.

Tuesday, April 20, 2010

luahan...isi...hatiku...

keadaan sekarang sungguh berbeza...kini aku tetap aku..tak perlu berganjak ke belakang lagi..sinar telah menerangi hatiku yg dulu hampir pudar disambar mentari terik..dulu aku buntu memikirkan semua yg telah berlaku..kini aku majukan diri demi masa depanku..caya lahh..bangun yana...cayok..!!AWAK MAMPU LAKUKAN...!!

Tuesday, April 13, 2010

Hitam Putih Kehidupan




Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.


Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..



Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

Thursday, April 8, 2010

PENGHARGAAN kepada hamba allah swt....




pada 7/4/2010 11.00 pagi ada sesuatu yg ku tunggu2 selama seminggu..akhirnya sampai jua ke tapak tangan dan jari jemari ku..huhuhu..alhamdullah..Terima kasih kepada hamba allah swt kerana beliau bersusah payah mengusahakan menyelesaikan masalah ku ini..terima kasih banyak2..jasamu tetapku kenang smpai bila2..Dr BACKBONE kuuu.....terima kasih jgk kepada teman yang selalu memberi sokongan dlm hidup ku selain keluarga aku sendiri..love u all..

Tuesday, April 6, 2010

Nike Ardilla - Kau Bukan Untukku

Kau yang slama ini
Tak lagi mampu ku dekati
Walau tlah kucoba ...
agar dirimu dapat mengerti

Dan kala kuingin
kesungguhan cinta darimu
Kau semakin jauh
Hilang bagaikan tertiup angin...

Kau yang memberi terang
Kala mendung menghampiri
Ku salah menduga
Arti kehadiran dirimu
Kau bukan untukku
Mengapa ku smakin rindu
Salahkah diriku
Bila kuharapkan
Kau tahu tangis hatiku

Friday, March 26, 2010

Ditelan Pahit Dibuang Sayang :Legacy

Semakin lama semakin jelas perasaanmu terhadapku
Walau kini ku dimiliki namun diriku kau rindukan
Aku tak mampu untuk memilih
Satu diantara kau dan dia
Tak sanggup aku merelakan
Sehingga ada jiwa yang terluka

Bila kau meminta diri ini
Untuk membuat keputusan
Tak mungkin dapat kulakukan
Ini diluar kemampuanku
Dan hati ini sukar menerima hakikat sebenar
Aku tak terdaya untuk
Memutuskan jalinan cinta
Harus kau akui apa yang terjadi
Kasih berbelah bagi bukan kehendakku
Puas kufikirkan perit perasaan
Namun persoalan tiada jawapan
Puas kufikirkan perit perasaan
Bila sendirian
Semakin kurasa
Ditelan pahit dibuang sayang ( 2X )

Thursday, March 25, 2010

Setelah Hati Terluka

Mestikah air mata ini
Membasahi di pipiku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka

Ku sedar siapa diri ini
Hanya mampu memberi cinta
Namun ku tak mampu menatap bahagia
Tiada guna aku ratapi

Kasih dan sayang takkan kembali
Mungkin ini sudah suratan yang azali
Bukan aku mengemis simpati sesiapa
Buat penawar duka yang amat lara

Kerna aku sedari
Diri umpama kaca
Tak bercahaya
Pudar warnanya

Tuesday, March 23, 2010

MENANTI JAWAPAN YANG PASTI

Monday, March 22, 2010

Pintu bahagia sentiasa ada

DALAM meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:
• Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

• Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.
• Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.
• Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.
• Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.
• Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.
• Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
• Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.
• Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.
• Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
• Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

• Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.
• Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.
• Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
• Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
• Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.
• Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
• Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.
• Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang

cendawan yg sedap di makan..nyam..nyamm..

sekuntum bunga plastik yg takkan layu...

seorg wanita...

hidung sape paling mancung..hehe

puteri sesat di celah rimbunan cendawan..heehe

nice...

ni kat midvalley 22/3/2010

WAHAI LELAKI..KHAS UNTK DIRIMU..

Lelaki

Jika seorang wanita itu menangis dihadapanmu.. Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis. Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... Dan jika kamu membiarkannya pergi. Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya....

Lelaki

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah. Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi. Kerana dia menjadi lemah. Kerana dia sangat menyayangi diri mu. Rasa ego sanggup dia jauhkan.

Lelaki

Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,.. Peganglah tangannya dengan pengertian. Usaplah kepalanya dengan penuh rasa saying. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki

Jika seorang wanita menangis keranamu. Tolong jangan mensia-siakan dirinya... Mungkin kerana keputusanmu itu. Bisa kau rosakkan kehidupannya

Lelaki

Saat dia menangis didepanmu. Saat dia menangis keranamu. Lihatlah matanya... Selamilah jiwanya. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?.. Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus.. Dengan penuh rasa kasih dan sayang didepanmu dan karenamu....

Lelaki

Wanita menangis bukan karena dia lemah. menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah.

Lelaki

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu. Dan menangisi semuanya karena dirimu. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawapannya... Pertimbangkanlah. Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal. Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF.

ISTERI ATAU ANAK

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian / katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus
mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan
mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah / suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.

Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di
dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai
kopi / disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat.

sape yg ada niat nak kawin lebih..fikir2kan lah..

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Ikhtilat,
mustahil sudah ada siri baru iklan Ikhtilat? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Hafiz Adam, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Hafiz Adam hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang bertugas sebagai jururawat di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Hafiz, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Hafiz, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Hafiz Adam.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Azhar. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Azhar.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Azhar,
dia cuba mencari dirinya, Hafiz Adam yang dulu. Hafiz Adam anak
Imam
Kampung Seputih. Hafiz Adam yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ******
Kepada:
Hafiz Adam,
Suami yang tersayang...
Hafiz Adam diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan Egypt Air ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Azhar mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika
Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, nasi lemak..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Cara Nak Atasi Pompuan Merajuk -TERHAD utk LELAKI

Tengah syok ngedate tiba awek korang
buat muka empat belas, muncung dier
dah panjang sejengkal, bijik mata dier
jeling sana jeling sini tapi tak pulak
pandang kat korang. Pendek kata awek
korang tu dah merajuk ler.. Tau ker
korang camner nak mengayat mood awek
korang kepada keadaan asal balik? Kalo
tak tau, korang baca ler tip kat bawah
neih..

SENYUM

sebelum merajuk mesti start
gadoh dulu kan? So, time dier tengah
marah tu korang buat selamber jer
senyum. Kalo boleh senyum tu biar
lebar sampai ke telinga pun takper.
Nescaya awek korang yang plan nak
merajuk tu tak sampai hati nak marah
atau merajuk ngan korang sebab kesian
tengok muka seposen korang tu.

BUAT LAWAK

Hah! Yang ni korang kena
tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan
jenis awek korang tu dulu. Jangan main
rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi
korang. Kalau menjadi, silap awek
korang yang merajuk tu terkekeh ketawa
dek kelakar ngan lawak korang tu.

BELI HADIAH

Buat korang yang
berkemampuan boleh ler cuba tip ni.
Korang beli ler hadiah yang diidam kan
oleh awek korang yang tengah merajuk
tu. Kompem terus tersengeh dier bila
tengok korang hadiahkan dier BMW 7
series. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS

Ops! Jenis
ni, korang kena buat bodoh dulu time
dier tengah merajuk. Agak dier dah
cool sikit, korang ambik enpon dan
hantar la mesej untuk mintak maaf.
Lagi bagus kalau korang selitkan lawak
jenaka dalam sms/mms/voice sms korang
tu.

BUAT BODOH

Kalo korang berani ambik
risiko ditinggalkan, korang boleh ler
try tip ni. Bila awek korang tu marah,
korang buat bodoh, bila awek korang tu
merajuk, korang tetap buat bodoh.
Kompem awek korang tu fed up dan terus
ok sebab takder sapa nak layan kerenah
dier. Heheh!

MERAJUK BALIK

Tip ni paling berkesan
dalam memujuk awek yang suka merajuk.
Nak tau sebab apa? Sebab bila korang
pulak merajuk dah tentu ler dier pulak
kena pujuk korang.. Tapi kalo dier
pulak pakai tip buat bodoh kat atas
ni, haku tak bertanggungjawab

bongkar rahsia lelaki..hehehe

1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes: Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN: Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...

Sekian,wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu smile.gif

10 sebab mengapa perempuan masih membujang

1) "Kita nak tumpukan pada kerjaya" - Pada hal kat tempat keje mengular jer lebih, membuta dll

2) "Lelaki sekarang ramai dah tak teruna lah" - Pada hal diri sendiri pun tak tau lagi dara ke dot..dot..dot......

3) "I nak lelaki hensem cam Brad Pitt baru ler secocok dgn I" - Pada hal diri sendiri tapak kasut pun lagi lawa...

4) "I nak husband yang educate, gaji besar, loaded, kereta besar, rumah besar dll" - Pada hal diri sendiri sekolah menengah pun tak abis, gaji pun rm400, kete nak bayar rm450 pun mengigil, rumah pun sewa ngan kawan ramai2.

5) "I belum ready menjadi isteri and ibu" - Pada hal dari kecik dah buat keje2 rumah, umur pun dah nak terjun gaung.

6) " I masih muda, nak enjoy lagi" - Pada hal tak pernah pun gi enjoy pun, sebab tak dek duit. At least kalau kawin dapat gak berbulan madu.

7) " I nak belajar jadi wanita solehah sebelum kawin" - Padahal hari2 gi disko, pub dan lain...Kelas agama free kat masjid pun tak penah jejak. Solat pun lagi ler ke parit.

8) " Buat masa ni karrier I no. 1, kawin2 ni nanti dulu ler." - Pada hal takdek lelaki yang nak pun, sorang pun tak nak.

9) " Mak I tak bagi I kawin muda2, lagi pun muda sgt." - Padahal pakwe dah dekat 20 org keliling dia, pantang hensem sikit semua dia nak.

10) "Awk ni asyik cerita kawin jek, saya bosan lah" - Pada hal bila berkahwin lepas dari dosa yang hari di buat pegang tangan, sentuh sana sentuh sini, cukup baik ler lelaki yang ajak nikah bkn dia ajak buat yang tak baik. Kan ker sunnah dan melengkapkan agama.

lelaki pandai masak

1. 99.9% lelaki amat pandai masak kari.....tapi megi kari saja la...hahha
2. Lelaki kadang2 memang suka memasak....tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...
3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah...bising bukan main...hahha
4. Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju...pastu, sambil isap rokok plak...hahha..macho betoi!
5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin...hahha
6. Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat...cepat sikit masak...hahha
7. Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri...
8. Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng'komplen' nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita...hahha...

Antara sebab sebab lelaki memasak:

* Malas nak pegi kedai
* Hampir hampir pokai
* Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
* Mental theraphy
* Konon konon nak practice...nanti buleh amik hati pasangan
* Buang tebiat...

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki.... ngee biggrin.gif

PETUA MENGASIHI ISTERI.....

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri
mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor
telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan
pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat
orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan
semuanya.... .. sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri
atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat
untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin
menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak
ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam
atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan
kasih sayang dengan isteri.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

jwb la..

Situasi dimana...


L = LELAKI
P = POMPUAN


di awal perkenalan melalui sms..
L ayat P.. nak kenal dgn lebih dkt dgn P..
L n P x penah jumpa.. just br kenal dlm sms je..
P laks mcm nak tanak je layan L coz P takot tertipu
lg dgn kata2 L yg br jer dikenali..
tp L ckp dia tk sama dgn L yg laen2..
L janji mcm2 semata2 nak pikat hati P..
so.. P pun cair n terima L sbg bf..

1st date.. L menunjukkan sikap yg
teramat caring n teramat syg pd P..
sampai xnak berpisah.. masih bersms
n call..

2nd date.. L masih syg dgn P..
n P lak da makin mengharap agar L
x jd mcm L laen2 sblm neh yg
hanya nk memainkan ati P.. masih
juga bersms n call..

3rd date.. L muler dingin.. dan muler
tunjuk ciri2 utk mempermaenkan P..
sms n call da muler jarang2...

dan skrg.. L menyepi.. n P pun rasa
seperti dipermainkan oleh L..


soklan yg nak dikemukakan disini..
kenapa L jadik mcm tue..???

tiba2 dingin n menyepi drpd P..
adakah L ader org laen.. ??

atau L berdendam dgn P hanya
krn penah dikecewakan P laen
sblm neh..

atau L hanya naks jadikan P
utk teman sepi jer.. coz L da lama
xde gf..




Ciri-ciri Lelaki Yang Disukai Wanita

Lelaki beriman. Mengenal dan memahami erti iman dan islam serta boleh membimbing wanita/isteri ke jalan yang benar.

Lelaki tulen. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

hidup lelaki tanpa wanita

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lg yg tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti
Hawa.
Kepada wanita lah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sdn yg tak lurus, tak mgkn mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang-bayang yg lurus.
Luruskanlah wanita dgn cara yg ditunjuk Allah krn mereka dicipta sebegitu
rupa oleh-Nya.
Didiklah mrk dgn panduan oleh-Nya

JGN CUBA JINAKKAN MRK DGN HARTA, NNT MRK SEMAKIN LIAR
JGN HIBURKAN MRK DGN KECANTIKAN, NNT MRK SEMAKIN MENDERITA

Yg sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kpd Allah, zat yg kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DGN ILMU
HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DGN IMAN
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DGN AKHLAK

Suburkanlah krn dr situlah nnt mrk akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,
walaupun tidak jd ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara
ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mrk bhw kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan suatu diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yg lembut
itulah
yg mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan
"wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yg lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mrk bukan shj tidak boleh diluruskan
bahkan mrk pula m'bengkok kan.

LBH RAMIA LELAKI YG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DRPD PEREMPUAN YG DIROSAKKAN OLEH LELAKI
SEBODOH BODOH PEREMPUAN PUN
BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mrk tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan sahaja ramai bos tlh kehilangan secretary, bahkan anak pn akan
kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jgn hanya mengharap ketaatan ttp binalah kepimpinan.
Pastikan sblm memimpin wanita menuju jln Allah,
PIMPINLAH DIRI SDN DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dgn Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah
pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH
KALAU PERIBADI BELUM LG SEPERTI SAYYIDINA ALI

madah dunia wanita dan lelaki

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each
other....

Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka...

Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Perghhh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar, maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S -
Andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti kita rasa seronok kan kalau pasangan kita dapat berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
InsyaAllah....
Wassalam

Sekadar Renungan Bersama... macho

Wednesday, March 17, 2010

mutiara kata baik punyer..

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

10 Tips Elakkan Pergaduhan

Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.

5 Sebab Dia Bukan Cemburu Buta

Tentu Ramai yang menghadapi masalah cemburu ni kan. Tapi ada juga pasangan yang suka mempunyai cemburu buta. Pelik tak pelik sangatlah. Apa yang pasti cemburu membuatkan korang rasa bosan dan tertekan. Tapi tahukah kamu dalam perhubungan cinta sebenarnya cemburu itu memang perlu? Betul tak? Tapi itulah realitinya.Di bawah tertulis, Dia bukan cemburu buta jika:

  1. Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu. Yelah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam.
  2. Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.
  3. Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.
  4. Tidak Kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.
  5. Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.

Lelaki dan perempuan perlu tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.