RSS

Monday, March 19, 2012

Percutian ke Brunei Darussalam 23/10/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bermula la perjalanan aku dgn hubby ke obersi iaitu Brunei Darussalam pada 23/10/2011 iaitu hari ahad tahun lepas punyer cite..kihkih.. Aku bertolak pagi ahad dari sarawak, hubby drive sendiri.. Baginya lebih mudah untuk ke mana2 je nak pergi.. Kalu sewa teksi kompem mahal punya.. maklumla diaorg pakai dolar.. kalu kat tempat kita ni RM2.40 bersamaan 1 dolar duit dia.. Pastikan bawa duit secukupnya ya..
Lagi satu pesanan aku ialah buku pasport kena bawa sekali ya.. kang tak pasal2 kena patah blk umah kang.. kihkihkih..



Ni lah kete my hubby... Naik kecut perut aku bila hubby bawa kete smpai abis meter nya.. dengarla bunyi turbo kete tu ( boleh gugur jantung ni..hihihi ) maklum lah aku ni penakut sikit pasal laju2 ni.. tp serius aku cakap kete mahal ni mmg syok la.. tak rasa apa pun kalu setakat tayar pijak batu tu.. kahkah (terlebih sudah... kalu my star aku tu dah comfirm bergegar2 dah mcm naik kuda..
Bermulalah perjalanan aku dari sarawak ke brunei selama 1 jam setengah. Alhamdulillah sampai dengan jayanya.. Tempat first aku menuju ialah ke shopping kompleks ni untuk mencari makan...



ta...da.... cantik tak bangunan ni.. ni la tempat kami suami isteri shopping dan makan.. Pusing punya pusing untuk mencari makanan akhirnya kami membuat keputusan untuk makan ayam KFC je..hihihi punya la jauh berjalan smpai ke obersi, last2 KFC jgk menjadi pujaan.. hahaha.. kat sini takde masalah sangat untuk cari makanan halal kerana org brunei ni ramai yg islam.. jadi tak perlu la risau tentang makan.. wee........



Terujanya aku time ni.. hahaha ramai jgk mat indon dan bangla kat sini..kihkihkih sekali angkat ketiak nak termuntah dibuatnya.. busuk + hangit.. apapun brunei mmg best.. Last2 aku posing jgk kat depan bangunan yg tersergam indah ni... weee......... dapat jgk beli satu barang untuk di buat kenang- kenangan. thanks dear coz suggestkan barang tu untuk sayang... pilihan hubby mmg terbaik.. sayang hubby ketat2...



Lepas tu dari bangunan yang tersergam indah tu, kami berjalan kaki plak ke Masjid Omar Ali Saifuddien.. Sebelum masuk masjid, berposing dulu la jawabnya...


My hubby snap gmbr ni depan shopping kompleks tu je.. dekat je kan.. tu pasal la kami jalan kaki je..hihihihi.... meh nak cerita sikit pasal masjid ni.. Masjid Sultan omar ali saifuddin adalah salah satu masjid di brunei yang terletak di bandar seri begawan iaitu ibu negara brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tumpuan dan tarikan pelancong. Masjid diiktiraf sebagai salah satu mercu tanda brunei..



Senibina
Senibina Masjid Negara Brunei sungguh menakjubkan. Hasil seni dan ukiran membuatkan setiap mata yang memandang akan terpukau akan keindahannya dan khubahnya di perbuat dari emas.. jeng..jeng... sebelum berpindah ke destinasi seterusnya, aku dan hubby mencipta kenangan dgn background rumah allah ni... sweet tuwit kan couple ni..hihihi ambil berkat kat masjid ni... Semoga hubungan kami suami isteri berkekalan hingga ke syurga... amin..



Pastu kami ke permandangan kampung air brunei darussalam... kami tgk org naik turun bot.. nak naik tp tak berani..hihihi jgn tak caya org yg duk kat kg air ni mempunyai kete yg hebat2.. weee......




Pastu kami bergerak ke Jerudong park.. tp nasib kami tak baik kerana ahad di tutup.. takpe la, next time kami pergi lagi kali kedua.. peace yooo.... weeee....... jadi bergambar je la walau tak dapat masuk dapat...hihihi





Ni plak dari sudut belakang masjid..cantikkan... senibina dan reka bentuk yg di ukir pada setiap inci..

Kami pusing2 tempat lain plak lepas tu.... tp yang paling menyedihkan ialah banyak tempat tutup kerana kami pergi pada hari ahad.. kalu nak diceritakan tak abis sampai besok..hihihi... Apapun terbaik la.. line tepon takde...hahaha.... padan muka saya.. dan padan muka org yg menelepon saya... setakat ini dulu yg aku dapat cerita..


.................jeng.....................
.................jeng.....................

.................yippy.....................
.................fuyoo.....................

..................tomey....................
..................pewit...................




sweet tuwit kan..... hihihi... Mencipta kenangan bersama insan tersayang adalah waktu yg paling bernilai dan terindah...