RSS

Thursday, May 28, 2009

manisan potretku


walazzzzzzzzzzz.............!!!!!!!!!!!!!!!1

di teluk nipah pangkor..

Wednesday, May 27, 2009

kehidupan di desa





bergurau senda

pengembala

Monday, May 25, 2009

Kursus bitara UPSI 2009=pangkor

Bersantai menghilangkan penat


kayak yg tersusun..

Guna kamera D200


ni la editing yg sempat dibuat..hehehehehehe
mmg syok waktu ni..gmbr pun nmpk menarik..hehehe walaz...

kamera D200

Ni guna D200...menarik..jelas...jom zoom in bersama

M'RENTASI LAUTAN

huhuhu pengalam yang tak dapat dilupakan...di teluk dalam,pulau pangkor...

Friday, May 15, 2009

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)



Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Child is sick
Feeling troubled.
Memudahkan urusan
Memudahkan perjalanan
As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian <>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua'lam...

Tazkirah: Hormati ibu bapa, mentua

JIKA Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa
caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya
kita menderhaka dan melawan mereka?

Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat
suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih
ada dan berbuat baik kepada mereka.


Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah
mengampunkan dosa.

Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil
kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup
tidak tenteram atau bala akan diterima.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya,
tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki
kesalahan yang kita lakukan hari ini.

Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun
ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa?

Seboleh-bolehnya pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni
dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan se dangkan bapa
menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks
Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w meminta ibu didahulukan.
Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi
jangan melawan di depan mereka.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun
Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua.

Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu bapa
kita.

Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang
melahirkannya?

Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua
yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya.

Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu
bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan
ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua.
Kelima barulah isteri.

Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa,
kerana itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.

Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.

Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi
sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta
suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya meng gambarkan rupa
lelaki berkenaan yang menyampaikan pe sanan. Nabi Ismail sedar, itu
adalah bapanya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya
melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Baginda.

Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda ber pesan lagi, dengan
mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar
kepada yang lain.

SESUDAH ASAR...

Saling Berpesan-Pesanlah Sesama Kita.....



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hu ju ng kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja Disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini ju ga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan rusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini ju ga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hu ju ngnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlun ju r akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

Di hadapan orang yang kita cinta,



Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta…
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira…

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…

Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan…
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku…

Thursday, May 14, 2009

bosan

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...............memang membosankan..............duk sajeeeeeeeeeeeeeee jeeeeeeeeeeeerrrrrrrrr