RSS

Friday, October 4, 2013

Puding Roti Marble




 
Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat (ros kurangkan jd dua sudu besar jer)
170ml susu cair
8gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
( nak tambah satu lagi warna pon boleh, ros buat ade tambah warna hijau, dan merah)

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2  cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

0 comments: