GULAI DAGING TGANU (dlm tenet)
Bahan
500gm daging lembu [potong nipis
kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown
sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan
bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan
sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan
santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau
sekali sekala.
5. Bila mendideh masukkan asam
keping dan biarkan sampai pekat.
6. Bila dah pekat, boleh hidangkan.
Ketumbar di
goreng dan di mesin hingga lumat, kemudian perap daging dgn kerisik sekali..
1 beras = 2
gelas air
0 comments:
Post a Comment