RSS

Saturday, May 8, 2010

07/05/2010 bisikan hatiku..

ya allah..kepadamu ku bermohon.berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu ya allah..teguh dan kuatkan imanku ya allah..

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian

Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya

Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.....Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan

Bila kita menyedari hakikat apabila hati penuh dengan sayang,
semua perkara di sekitar kita kelihatan indah dan cantik.

-------------------------------------------------------------------------------

Di suasana yang sunyi dan sepi, di temani cengkerik dan katak yang melaung sambil mengintai pohon-pohon rendang dan celah2 rumput yang menghijau,sambil diriku ku ulitkan dengan lagu-lagu nan syahdu..Tiba- tiba kedengaran hp ku mengeluarkan bunyi yang sangat merdu menandakan ada seseorang di talian yg menghubungiku..Saat itu hatiku sangat berbunga-bunga kerana nama yang tertera di talian adalah insan yang ku tunggu-tunggu untuk berbual malam itu..Keseronokkan dalam hati tak dapat digambarkan dengan kata-kata..Begitu indahnya ciptaan tuhan dengan wujudnya HATI di dalam diri..

Malam td adalah pertama kali permata jernihku mengalir dan teresak-esak sambil berbual dgn seorg insan di dlm talian telefon..mungkin baginya juga adalah pertama kali dia mendengar esakkan ku dengan jelas.maafkan diriku wahai insan kerana membuatkan dirimu terkejut dengan esakkan ku semalam..hati ku tiba2 terasa sebak dan terharu kerana seorg insan sanggup menolongku tanpa minta balasan...mulia sungguh hati seorg insan itu..aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yg di anugerahkan oleh Allah s.w.t untuk bakal bersamaku kelak..insyallah..mlm td mmg sangat menyentuh jiwa dan perasaanku.tak dapat ku bayangkan perasaanku waktu tu..terima kasih banyak-banyak wahai insan.Biarlah diriku dan dirinya sahaja yang tahu perkara ni..

Inilah dikatakan sharing is caring..

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh.. :)

0 comments: