MENGAPA ANDA PERLU MAHIRKAN DIRI DALAM SUNNY 16?
Panduan Sunny 16 telah wujud berpuluh-puluh tahun dan dengan memahami panduan ini, ia akan membantu anda untuk memahami dan mendapatkan dedahan yang baik.
Berikut adalah contoh situasi dimana sunny 16 boleh membantu anda.
- Dalam kebanyakkan keadaan, pengunaan mod semi auto didalam kamera, atau full auto sudah mencukupi. Terutamanya apabila tonaliti dalam gambar adalah sederhana. Maksudnya tidak terlalu terang/putih atau tidak terlalu gelap.
- Bagaimanapun ia berbeza dalam keadaan subjek yang terlalu berbeza tonanya berbanding latarbelakang. Atau terlalu terang atau terlalu gelap atau beza tona (contrast) dengan latarbelakang terlalu sedikit seperti gambar ini.
- Dalam keadaan ini, teknik spot metering yang betul, atau penggunaan EV yang betul boleh membantu.
- Biasanya subjek putih dalam limpahan cahaya langit (sky light) waktu siang, exposure yang diperlukan ialah +1 hingga +2 stop dari sunny 16.
- Saya memilih tambahan +1 stop dalam gambar ini untuk mendapatkan dedahan yang cukup untuk menyerlahkan bentuk dan tektur pada bunga tersebut. Saya memilih tambahan +1 stop kerana sumber cahaya adalah dari cahaya langit dan cahaya yang terpantul dari persekitaran kawasan tersebut.
- Tambahan +1 stop pada panduan sunny 16, ialah f11 pada bahagian aperture.
- tanpa merujuk kepada metering, saya dapat sebuah gambar yang tidak perlu diperbetulkan tonalitinya didalam photoshop.
Kaedah Sunny 16
Di setiap pelusuk dunia, ketika waktu matahari tegak di atas kepala ketika tengahhari, nilai dedahan yang diperlukan adalah tidak jauh berbeza. Sebagai contoh, pada waktu tengahhari, nilai dedahan di Jeddah, Arab Saudi adalah sama dengan nilai dedahan yang diperlukan di Kuala Lumpur Malaysia.
Berdasarkan ini juga, satu teknik yang dikenali sebagai Sunny 16 telah di uji dan terbukti berkesan, boleh digunakan untuk menentukan nilai dedahan yang diperlukan pada waktu yang sama di mana jua.
Teknik sunny 16 memberikan panduan yang begini:
Pada waktu tengahhari dan cahaya tegak atas kepala, tetapkan nilai kelajuan katupan (shutter speed) sama dengan nombor ISO, dan tetapkan aperture pada f16. Itulah nilai dedahan pada permukaan yang menerima limpahan cahaya matahari tersebut.
Sekiranya anda perlu menggunakan iris (aperture) yang lebih besar untuk mengawal kedalam focus, anda boleh menukar Iris (aperture) dari f16 kepada nombor yang lebih kecil seperti f11 (-1 stop) dan seterusnya menukar kelajuan katupan (shutter speed) dari 1/250 kepada 1/500 menandakan bahawa kita masih mengawal jumlah cahaya yang sama masuk kedalam kamera.
Anda perlu ingat, Sunny 16 diaplikasi pada permukaan yang menerima cahaya matahari secara terus. Bukan Permukaan yang terlindung dari matahari.
Di malaysia, kadangkala Sunny 16 boleh tersasar kerana masalah jerebu dan polusi. Anda perlu mahir melihat dan menganggar berapa banyak perubahan dedahan yang perlu.
Lama kelamaan anda akan mahir mendapatkan dedahan tanpa perlu bergantung pada meter dalam kamera anda.
Sunny 16 juga akan boleh membantu anda mendapatkan dedahan yang baik apabila matahari terik terlindung oleh awan atau terlindung oleh bangunan.
Pemahaman tentang berapa banyak tonaliti cahaya yang hilang dan berapa stop diperlukan boleh memberikan anda kemampuan menganggarkan apakah persamaan dedahan yang diperlukan, tidak kira waktu matahari terik atau tidak , terlindung atau tidak.
Asas pemahammannya ialah Sunny 16 dan Zone sistem
Untuk mendapatkan asasnya anda boleh merujuk kepada Ebuku Seni Fotografi saya atau menghadiri kelas fotografi yang akan saya anjurkan.